Wednesday, November 10, 2010

Tentang ASB

Akademi Seni Beladiri (ASB) adalah sebuah syarikat yang diberi kuasa untuk mengembangkan ilmu persilatan Perguruan Pukulan Penchak Silat Pusaka Warisan berdasarkan peraturan-peraturan yang telah dipersetujui.
PENGASASNYA: GURU UTAMA AHMAD HAZUAN HASMI
Ia diasaskan atas kesedaran bahawa ilmu beladiri khususnya silat merupakan satu khazanah yang terlalu mahal untuk dijualbeli.Di sinilah ASB memainkan peranannya untuk mengkaji, Mengembangkan Perguruan dan memelihara ilmu-ilmu lama supaya dapat disampaikan kepada generasi baru, langsung memastikan ia tidak pupus begitu saja.
AKADEMI SENI BELADIRI merupakan sebuah Akademi Silat yang merencanakan program-program pembangunan seni silat. Satu badan yang mampu memayungi dan menyelaraskan segala aktiviti-aktiviti seni beladiri berteraskan Perguruan Pukulan Penchak Silat Pusaka Warisan. Menjadi harapan ASB untuk melihat ahli-ahli akademi seni beladiri yang bernaungan dibawah Perguruan Pukulan Penchak Silat Pusaka Warisan bertujuan:-
  • Menyatukan kesemua ahli-ahli Perguruan.
  • Menggalakkan pertukaran fikiran sesama sendiri.
  • Meningkatkan pengetahuan dan kemampuan seni Silat masing-masing.
  • Menjadikan silat sebagai satu kerjaya.
  • Memudahkan ahli-ahli untuk membuka pusat latihan dan cawangan.
  • Memastikan penganugerahan dan pengiktirafan di akui oleh masyarakat & dunia.
ASB mengendalikan program yang berkonsep seni silat untuk menyatukan semua ahli-ahli dalam sama-sama menimba ilmu pengetahuan di samping meningkatkan ketahanan mental, fizikal dan kerohanian ke arah kefahaman yang lebih membina.
Setiap modul latihan akan didedahkan secara sistematik ,teori,praktikal dari peringkat asas, pertengahan, tinggi sehingga peringkat pengijazahan tamat  latihan.
Pembelajaran silat di buka kepada semua, tanpa mengira usia, jantina, agama atau kefahaman yang mereka ikuti, peringkat atau pangkat kedudukan untuk mempelbagaikan kemahiran dan menerapkan ilmu pengetahuan mengenai silat yang berkonsepkan latihan dapat di sebarkan di gelanggang masing-masing. Ilmu yang dipelajari ini dapat memberi satu corak cara hidup yang membina dan meningkatkan displin semua ahli bela diri yang mempelajarinya. 
Objektif:

  • Menyedia dan melaksanakan kaedah - kaedah pembelajaran Pukulan Penchak Silat Pusaka Warisan yang lengkap (teori dan praktikal) serta mewujudkan tenaga pengajar Pukulan Penchak Silat Pusaka Warisan yang berwibawa di semua peringkat selaras dengan pergerakan Perguruan Pukulan Penchak Silat Pusaka Warisan Malaysia (jangka pendek).
  • Objektif jangka panjang adalah supaya Akademi Pukulan Penchak Silat Pusaka Warisan diiktiraf sebagai salah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). 
  • Mengembangkan ilmu persilatan Perguruan Pukulan Penchak Silat Pusaka Warisan secara lebih efektif dan pentadbirannya lebih Gobal. Agar persilatan ini dapat di kembangkan lagi secara meluas ke seluruh pelusuk dunia.
  • Dapat mengerakkan Perguruan Pukulan Penchak Silat Pusaka Warisan lebih ke arah persilatan modern yang mana sebelum ini banyak di monopoli oleh Perguruan Seni Beladiri yang berasal dari Jepun dan Korea.

Antara kursus yang dijalankan:
1. Kursus Kejurulatihan Pukulan Penchak Silat Pusaka Warisan.
2. Kursus & Ujian Persilatan Pukulan Penchak Silat Pusaka Warisan
3. Diploma Gurulatih Persilatan Pukulan Penchak Silat Pusaka Warisan.
4. Seminar.
5. Kursus Jangka Masa Pendek
6. Kursus jangka Masa Panjang
7. Kursus Intensif
8. Pembelajaran Pukulan Penchak Silat Pusaka Warisan Bersistem mengikut Silibus

BERANDA


Akademi Seni Beladiri Malaysia
 (No.Pendaftaran 001934800-U)
  
(Gambar Seminar Tari Silat Melayu) 



Akademi Seni Beladiri, Penchak Silat Beladiri adalah aliran seni beladiri yang diasaskan oleh Pengasas Ahmad Hazuan yang menjadikan Perguruan Pukulan Penchak Silat Pusaka Warisan sebagai asas pelajarannya.

Mata pelajaran Penchak Silat Beladiri adalah padat, ringkas dan mudah dipelajari. Ianya lebih menitik beratkan latih Jasmani dan kefahaman semata-mata.


Pukulan Penchak Silat Pusaka Warisan

Tari Silat Membuka Cerita
Hidup Dan Mati Bukti Taruhan
Geraknya Indah Namun Gempita
Untuk Mencari Sebuah Kebenaran
Hidup Dan Mati Bukti Taruhan
Roh Dan Jasad Menjadi Satu
Untuk Mencari Sebuah Kebenaran
Itu Resmi Pendekar Melayu!
Di dalam Surah Al Anfal ayat 60 turut menyebut:
Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya dan Allah mengetahuinya dan apa sahaja yang kamu belanjakan ke jalan Allah akan disempurnakan balasan kepada kamu.

Aktiviti ASB


ASB banyak menumpukan kepada arena persilatan & beladiri bagi membanggunkan industri beladiri tempatan. Untuk merealisasi cita-cita ini, ASB telah pun merancang beberapa aktiviti tahunan yang akan anjurkan oleh anggota ASB sendiri.
Antara Aktiviti Tahunan ASB:

  1.  Seminar Beladiri Dynamic
  2.  Seminar Beladiri Wanita
  3.  Seminar Beladiri Street Fight
  4.  Seminar Senjata
  5.  Kursus Pembanggunan Silat Olahraga
  6.  Seminar Perubatan Melayu & Islam
  7.  Kursus Kejurulatihan PPSPW
  8.  Dan Banyak lagi
Tujuan utama aktiviti ini di jalankan adalah memberi pendedahan kepada masyarakat betapa pentingnya ilmu beladiri ini dalam kehidupan seharian kita.
 
Pusat Akademi Seni Beladiri:
Bela Diri Gym,
32-1 Jln PJU5/20B Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya Selangor.