Wednesday, November 10, 2010

Tentang ASB

Akademi Seni Beladiri (ASB) adalah sebuah syarikat yang diberi kuasa untuk mengembangkan ilmu persilatan Perguruan Pukulan Penchak Silat Pusaka Warisan berdasarkan peraturan-peraturan yang telah dipersetujui.
PENGASASNYA: GURU UTAMA AHMAD HAZUAN HASMI
Ia diasaskan atas kesedaran bahawa ilmu beladiri khususnya silat merupakan satu khazanah yang terlalu mahal untuk dijualbeli.Di sinilah ASB memainkan peranannya untuk mengkaji, Mengembangkan Perguruan dan memelihara ilmu-ilmu lama supaya dapat disampaikan kepada generasi baru, langsung memastikan ia tidak pupus begitu saja.
AKADEMI SENI BELADIRI merupakan sebuah Akademi Silat yang merencanakan program-program pembangunan seni silat. Satu badan yang mampu memayungi dan menyelaraskan segala aktiviti-aktiviti seni beladiri berteraskan Perguruan Pukulan Penchak Silat Pusaka Warisan. Menjadi harapan ASB untuk melihat ahli-ahli akademi seni beladiri yang bernaungan dibawah Perguruan Pukulan Penchak Silat Pusaka Warisan bertujuan:-
  • Menyatukan kesemua ahli-ahli Perguruan.
  • Menggalakkan pertukaran fikiran sesama sendiri.
  • Meningkatkan pengetahuan dan kemampuan seni Silat masing-masing.
  • Menjadikan silat sebagai satu kerjaya.
  • Memudahkan ahli-ahli untuk membuka pusat latihan dan cawangan.
  • Memastikan penganugerahan dan pengiktirafan di akui oleh masyarakat & dunia.
ASB mengendalikan program yang berkonsep seni silat untuk menyatukan semua ahli-ahli dalam sama-sama menimba ilmu pengetahuan di samping meningkatkan ketahanan mental, fizikal dan kerohanian ke arah kefahaman yang lebih membina.
Setiap modul latihan akan didedahkan secara sistematik ,teori,praktikal dari peringkat asas, pertengahan, tinggi sehingga peringkat pengijazahan tamat  latihan.
Pembelajaran silat di buka kepada semua, tanpa mengira usia, jantina, agama atau kefahaman yang mereka ikuti, peringkat atau pangkat kedudukan untuk mempelbagaikan kemahiran dan menerapkan ilmu pengetahuan mengenai silat yang berkonsepkan latihan dapat di sebarkan di gelanggang masing-masing. Ilmu yang dipelajari ini dapat memberi satu corak cara hidup yang membina dan meningkatkan displin semua ahli bela diri yang mempelajarinya. 
Objektif:

  • Menyedia dan melaksanakan kaedah - kaedah pembelajaran Pukulan Penchak Silat Pusaka Warisan yang lengkap (teori dan praktikal) serta mewujudkan tenaga pengajar Pukulan Penchak Silat Pusaka Warisan yang berwibawa di semua peringkat selaras dengan pergerakan Perguruan Pukulan Penchak Silat Pusaka Warisan Malaysia (jangka pendek).
  • Objektif jangka panjang adalah supaya Akademi Pukulan Penchak Silat Pusaka Warisan diiktiraf sebagai salah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). 
  • Mengembangkan ilmu persilatan Perguruan Pukulan Penchak Silat Pusaka Warisan secara lebih efektif dan pentadbirannya lebih Gobal. Agar persilatan ini dapat di kembangkan lagi secara meluas ke seluruh pelusuk dunia.
  • Dapat mengerakkan Perguruan Pukulan Penchak Silat Pusaka Warisan lebih ke arah persilatan modern yang mana sebelum ini banyak di monopoli oleh Perguruan Seni Beladiri yang berasal dari Jepun dan Korea.

Antara kursus yang dijalankan:
1. Kursus Kejurulatihan Pukulan Penchak Silat Pusaka Warisan.
2. Kursus & Ujian Persilatan Pukulan Penchak Silat Pusaka Warisan
3. Diploma Gurulatih Persilatan Pukulan Penchak Silat Pusaka Warisan.
4. Seminar.
5. Kursus Jangka Masa Pendek
6. Kursus jangka Masa Panjang
7. Kursus Intensif
8. Pembelajaran Pukulan Penchak Silat Pusaka Warisan Bersistem mengikut Silibus

No comments:

Post a Comment