Dari Kiri : Asraf, Zamry, Cikgu Rozman (Gurulatih Cawangan Johor), Juraimi
ASB cawangan Johor Bahru pimpinan Guru Gelanggang Cikgu Rozman Affandi 013-2428408 Bertempat Di No.3 Jalan Skudai,81300 Skudai, Johor Bahru.
Sunday, October 31, 2010
ISTIADAT PENGIJAZAHAN JURULATIH KEMENSAH SELANGOR
Dari kiri Cikgu Ryezal Sah (Ampang) / Cikgu Rozman Affandi (Johor Bahru) / Guru Utama Tuan Ahmad Hazuan Hazmi / Cikgu Idris Mohamed (Cyberjaya&Puchong) / Cikgu Muhd Adli Abd Karim (Puchong)
DENGAN RASMINYA BARISAN JURULATIH TELAH MEMBUKA CAWANGAN MASING - MASING.
"SEMANGAT HARIMAU PUTIH"
DENGAN RASMINYA BARISAN JURULATIH TELAH MEMBUKA CAWANGAN MASING - MASING.
"SEMANGAT HARIMAU PUTIH"
JADUAL
ASSALAMUAILAIKUM WBT... PENGAMBILAN AHLI BARU PPP SILAT PUSAKA WARISAN MASIH LAGI DI BUKA. KEPADA MEREKA YANG BERADA SEKITAR DAERAH JOHOR BHARU BOLEH LA MENGHUBUNGI SAYA. TERIMA KASIH KEPADA AHLI YANG TELAH MENDAFTAR. UNTUK MAKLUMAN KELAS JB DI ADAKAN SETIAP ISNIN MALAM DAN JUMAAT MALAM JAM 9.00 MLM DI SRI SKUDAI. SEKIAN UNTUK MAKLUMAN.. WASSALAM..
ADAT DAN ISTIADAT
Adat & Istiadat Perguruan Pukulan Penchak Silat Pusaka Warisan
Di Dalam Perguruan Pukulan Penchak Silat Pusaka Warisan, Perguruan menitik beratkan kepada Adat dan Adab ketika bergelanggang.
Antara aspek utama yang dapat menjadi kayu pengukur perbezaan antara Perguruan dengan aliran silat Melayu lain dan juga aliran seni beladiri asing ialah dari segi adab, adat dan istiadat yang dipegang. Aspek ini sekiranya dapat dihayati dan disampaikan dengan baik akan dapat menghasilkan insan yang punya sahsiah dan jatidiri yang kental.
Pergerakan Perguruan Pukulan Penchak Silat Pusaka Warisan ini bermula dengan adat istiadat yang membawa maksud peraturan yang mesti diikuti dan dipatuhi.
Istiadat Berguru
Sebelum seseorang menjadi murid secara rasmi, adat yang perlu dijalankan ialah istiadat berguru. Istiadat ini merupakan sabagai akad penerimaan sebagai murid. Ia dijalankan oleh Pemegang Amanah Perguruan yang telah dilantik.
Syarat-syarat yang perlu dipatuhi untuk menjadi ahli perguruan adalah seperti berikut :
• Berjumpa dan Bertemu dengan Khalifah gelanggang
• Mendapat persetujuan daripada Khalifah gelanggang
Istiadat Mandi Perlimau (Khatam)
Istiadat ini dijalankan apabila seseorang pesilat sampai ke peringkat Khatam Permainan (Tamat Bersilat). Pada tahap ini pesilat haruslah melalui ketiga-tiga peringkat sehingga dapat bermain apa jua senjata dan dimasa inilah ketika sebelum mandi perlimau ilmu kebatinan tauhid akan diperturunkan.
Antara bahan-bahan asas yang diperlukan untuk menjalankan upacara ini ialah tiga biji limau kasturi dan tiga kuntum bunga. Pisang & Pulut Kuning sebagai hidangan majlis sebagai adat menyambut tetamu.
Individu yang telah menjalani istiadat mandi perlimau dibenar untuk menjadi Gurulatih dan menyandang sebagai khalifah perguruan.
Adat Istiadat Lain
Antara adat istiadat lain di dalam Perguruan adalah:
• Penyampaian bengkung
• Penyampaian selendang
• Penyampaian keris perguruan (Gurulatih)
• Pertabalan Majlis Pendekar
Adat Menghadap Tapak
Menghadap tapak dilakukan semasa :
• Penerimaan penabalan
• Memohon izin bergelanggang
• Memberi hormat kepada majlis
Cara menghadap bertapak :
Bertapak maju ke hadapan dimulakan dengan kaki kanan dan diakhiri dengan kaki kanan. Kemudian diikuti dengan dengan duduk berlutut. Selepas itu kedua tangan dirapatkan untuk memberi sembah hormat.
Bertapak ketika mengambil kenaikan bengkong atau sandang:
Pada akhir tapak kiraan 3 atau 7, duduk berlutut mestilah dalam keadaan lutut kanan dipacakkan dan lutut kiri ditanamkan ke bumi.
ADAT BUKA & TUTUP GELANGGANG:
Latihan dimulakan dengan adat pembukaan gelanggang dan diakhiri adat penutupan gelanggang. Upacara ini disempurnakan dengan membaca ayat-ayat berikut:
1. Surah al Fatihah (1x)
Hadiah kepada Rasulullah s.a.w, para sahabat Rasulullah s.a.w, para malaikat, auliya', ulama serta muslimin & muslimat.
2. Doa (buka) pohon keselamatan sepanjang latihan daripada sebarang bahaya.
Doa (tutup) kesyukuran kerana latihan berjaya ditamatkan dengan baik dari mula hingga akhir dan semoga mendapat keredhaan serta rahmat daripada Allah s.w.t.
Adab Dalam Gelanggang
Antara perkara yang mesti dipatuhi murid semasa berada di dalam gelanggang :
1. Tidak meludah
2. Tidak memakai alas kaki.
3. Tidak bergurau senda
4. Minta izin dari imam gelanggang jika ingin keluar atau ingin bertemu seseorang di luar gelanggang.
5. Menghormati rakan-rakan dalam latihan.
6. Tidak makan.
7. Tidak Boleh minum tanpa meminta izin dari khalifah gelanggang
8. Tidak memakai barang-barang kemas dan alat perhiasan diri.
PAKAIAN PERGURUAN:
Pakaian Latihan
Berbaju Silat hitam lengkap berbengkong mengikut tahap dan bertanjak (bertengkolok bagi lelaki)
Bagi persilat perempuan berbaju silat lengkap berbengkong mengikut tahap dan bertudung hitam (Bagi yang muslimah) bagi yang bukan muslim bertanjak atau bertengkolok.
Bagi Gurulatih berbaju silat merah berbengkong kuning dan bertanjak (bagi lelaki dan perempuan yang tak bertudung atau bukan muslim) bagi perempuan muslim bertudung merah)
Taraf Bengkung
Hijau: Dasar (Persilat)
Merah: Pertengahan (Jurulatih)
Kuning: Tinggi (Gurulatih/Khalifah)
Tujuan Sistem Bengkung
1. Dalam memperkemaskan sistem pembelajaran perguruan pukulan penchak silat pusaka warisan, sistem warna bengkung adalah satu cara bagi meninggikan mutu latihan dan peningkatan mutu perguruan pukulan penchak silat pusaka warisan.
2. Satu sistem yang teratur untuk pesilat-pesilat dapat memahami dengan mendalam kaedah-kaedah perguruan pukulan penchak silat pusaka warisan.
3. Dengan sistem ini kualiti dan kuantiti pesilat akan dapat menjamin mutu persilatan perguruan ini bagi masa akan datang.
4. Apabila sistem ini telah dikuasai oleh pesilat-pesilat dalam sistem pembelajarannya, ini sudah tentu secara langsung dan tidak langsung perguruan ini akan memiliki terus pesilat untuk mempelajari pukulan penchak silat pusaka warisan.
5. Perguruan pukulan penchak silat pusaka warisan memandang jauh kehadapan demi kepentingan menangani perubahan-perubahan yang menyentuh kualiti dan produktiviti akan dapat bergerak dengan lebih berkesan dan mantap.
Matlamat Sistem Bengkung
1. Dapat melahirkan ramai pesilat yang mahir dalam ilmu perguruan pukulan penchak silat pusaka warisan.
2. Dapat membantu perguruan ini bergerak dengan lebih aktif.
3. Dapat menjadikan perguruan pukulan penchak silat pusaka warisan ini satu perguruan yang terbesar dan berdaya saing dengan perguruan-perguruan yang lain.
Pakaian Beradat:
Berbaju Melayu Hitam bersongkok/bertanjak songket bersamping hitam, berkeris perguruan (bagi Gurulatih) dan berselendang perguruan mengikut tahap.
Taraf Selendang Perguruan
Selendang Merah berjalur Kuning (Ahli Majlis Pendekar)
Selendang Merah (Gurulatih/ Imam Khalifah)
Selendang Kuning (Jurulatih)
KERIS PERGURUAN
Keris perguruan akan dikurniakan oleh Guru Utama kepada Ahli Majlis Pendekar sahaja. Keris Perguruan berlok 7 ini adalah tanda penghargaan perguruan kepada ahlinya yang setia dengan perguruan.
Ahli Majlis Pendekar inilah tongak perguruan untuk mengembangkan ilmu persilatan pukulan penchak silat pusaka warisan ini. Mereka ini diberi mandat untuk mengajar kesemua silibus perguruan & memegang adat istiadat perguruan, menjadi khalifah negeri masing-masing mentadbir perguruan negeri dan menjadi khalifah atau pentadbir gelanggang bagi mendidik yang lain ilmu perguruan pukulan penchak silat pusaka warisan.

SYARAT - SYARAT
Syarat-syarat dalam Perguruan Pukulan Penchak Silat Pusaka Warisan
Bagi memastikan syarat-syarat di dalam Perguruan ini tidak bercanggah dengan ajaran Islam maka :- Semua perkara yang wajib dilakukan atau ditinggalkan oleh seorang pesilat Islam, yang mukallaf TIDAK BOLEH dijadikan syarat di dalam Perguruan ini seperti sembahyang, puasa, jangan derhaka kepada kedua ibubapa sehingga mendatangkan anggapan bahawa perkara wajib tersebut menjadi wajib hanya apabila dijadikan syarat dalam persilatan ini.
- Tidak boleh mengaitkan dengan sesuatu pengeras dengan suatu akibat yang dipercayai boleh merosakkan pegangan akidah.
- Tidak boleh percaya kepada sial seperti mandi membuang sial atau mandi-mandi tertentu yang dikaitkan dengan persilatan.
- Tidak boleh melakukan gerak jurus atau bacaan tertentu yang mengandungi unsur-unsur minta izin atau bantuan dari kuasa-kuasa makhluk "ghaib". Dalam acara jurus gerak membuka atau menutup gelanggang "Ayat Kebal" atau "Pukulan Angin Maut" atau "Sembelih Ayam Dalam Gelanggang".
- Tidak boleh mentaati Guru atau seseorang pada perkara-perkara yang jelas bercanggah dengan Akidah dan Syariat Islam. Sebarang syarat yang bertentangan dengan Akidah Syariat dan Akhlak Islam.
GURU - Perguruan Pukulan Penchak Silat Pusaka Warisan yang beragama Islam hendaklah bukan terdiri daripada :-
- Mereka yang melakukan perkara-perkara syirik, samada melalui perkataan, perbuatan atau iktiqad.
- Mereka yang melakukan maksiat / jenayah, yang bertentangan dengan moral, pemecah belah masyarakat dan menafsir ajaran agama Islam mengikut hawa nafsu.
- Guru Pukulan Penchak Silat Pusaka Warisan di larang memasukkan atau menggunakan unsur-unsur yang bercanggah dengan Islam seperti sihir dan ilmu kebal di dalam persilatan.
- Di dalam Pukulan Penchak Silat Pusaka Warisan sumpah tidak di bolehkan sebaliknya hanya ikrar sahaja yang di bolehkan. Pesilat-pesilat tidak boleh taat secara membuta-tuli kepada Guru, mereka hendaklah taat mengikut perintah Guru selama tidak bercanggah dengan kesetiaan perintah ALLAH S.W.T.
- Di dalam perguruan ini juga, sumpah tidak boleh dibenarkan kepada perkara-perkara yang telah pun diwajibkan di dalam Islam seperti sumpah akan taat setia kepada ibubapa, bersumpah akan taat setia kepada ALLAH S.W.T dan RASUL S.A.W dan sebagainya.
- Suatu pantang larang hendaklah bukan daripada perkara-perkara yang jelas diwajibkan di dalam Islam, seperti tidak meninggalkan sembahyang, jangan berkelahi sesama ahli dan sebagainya.
- Suatu pantang larang tidak boleh dikaitkan dengan unsur-unsur pemujaan, kerana Islam jelas melarangnya unsur-unsur ini dan ia adalah skyirik.
Adab Guru Dengan Pesilat-pesilatnya ;
- Guru tidak boleh menganggap dirinya yang paling mulia dan tidak pernah bersalah.
- Guru hendaklah mengelakkan diri daripada dianggap orang yang perlu ditaati secara mutlak.
- Guru tidak boleh menganggap orang lain lemah dan lekeh.
- Guru hendaklah melarang pesilat-pesilat memuja, mengagung dan taksub kepadanya.
- Seseorang pesilat Pukulan Penchak Silat Pusaka Warisan tidak boleh memberikan hak secara khusus kepada pesilat perguruannya sahaja, seperti ucapan salam, tidak boleh bergaduh sesama ahli dan sebagainya.
- Seseorang pesilat Pukulan Penchak Silat Pusaka Warisan tidak boleh mengutamakan Guru silatnya dan pesilat-pesilat seperguruannya sehingga mengabaikan hak dan kewajipannya kepada ibubapa, suami, isteri dan ahli-ahli keluarganya.
- Seseorang pesilat Pukulan Penchak Silat Pusaka Warisan tidak boleh memandang rendah dan hina terhadap orang yang bukan dari keturunan silat perguruannya.
- Seseorang pesilat yang beragama mesti menjalinkan ikatan persahabatan samada sesama ahli atau orang lain.
- Gerak Pukulan Penchak Silat Pusaka Warisan tidak boleh di kaitkan dengan zat ALLAH S.W.T dan sifat-sifatNya atau merupakan maksud disebalik Kalimah atau nama-nama ALLAH S.W.T atau sifat-sifatNya.
- Gerak jurus tidak boleh di ertikan sebagai maksud yang tersirat daripada atau jasad Rasullah S.A.W, para malaikat, NABI-NABI dan orang soleh.
- Gerak Pukulan Penchak Silat Pusaka Warisan tidak boleh dimaksudkan dengan maksud perkara-perkara yang berkaitan dengan agama Islam atau perlakuan-perlakuan ibadat yang tertentu seperti dua Kalimah Syahadah dan sembahyang.
- Dalam Perguruan Pukulan Penchak Silat Pusaka Warisan tidak boleh dan memuja dan memperhambakan diri kepada sesuatu kuasa atau peribadi yang boleh mendatangkan nasib baik atau buruk kepada seseorang seperti hantu, dewa, keramat, keris, busut dan sebagainya.
- Dalam Perguruan Pukulan Penchak Silat Pusaka Warisan tidak boleh menggunakan tangkal dan azimat yang mengandungi rajah-rajah atau tulisan yang tidak difahami. Objek-objek tertentu dan bercampur aduk dengan ayat Al-Quran.
- Dalam Perguruan Pukulan Penchak Silat Pusaka Warisan tidak boleh mengamalkan bacaan-bacaan tertentu yang tidak di fahami maknanya di khuatiri mengandungi kata-kata pemujaan kepada berhala, iblis, syaitan atau nama berhala orang kafir serta bercampur aduk dengan ayat Al-Quran.
- Dalam Perguruan Pukulan Penchak Silat Pusaka Warisan ini di tegaskan tidak boleh meninggalkan ibadat-ibadat wajib yang dituntut dalam agama Islam seperti sembahyang lima waktu dan puasa di bulan Ramadhan ketika melakukan amalan Pukulan Penchak Silat Pusaka Warisan.
- Tidak boleh melakukan isyarat sembah atau gerak tubuh yang melambangkan ketundukkan yang menyamai atau melebihi ketundukkan yang hanya layak kepada ALLAH S.W.T sahaja seperti tunduk sembah kepada Guru.
- Tidak boleh melakukan upacara-upacara yang mengandungi unsur-unsur penyembahan, pemujaan, memohon bantuan atau memperhambakan diri kepada kuasa-kuasa atau tenaga-tenaga ghaib seperti mempersembahkan sedulang makanan, menyembelih ayam dan sebagainya.
- Matlamat Perguruan Pukulan Penchak Silat Pusaka Warisan adalah mengandungi matlamat yang baik seperti persilatannya untuk kesihatan tubuh badan, sukan, mendisiplinkan diri, untuk masyarakat, untuk mempertahankan diri dari bahaya dan sebagainya.
- Matlamat Perguruan ini juga tidak boleh untuk membalas dendam, menuntut bela, membuat aniaya, menakut-nakut dan menggugat orang lain, untuk menanam sifat berani yang keterlaluan sehingga hilang hormat kepada ibubapa, guru, ahli keluarga dan lain-lain untuk memupuk sentimen perkauman atau taksub golongan / kumpulan ekstrim agama yang melampau di kalangan ahli.
SILIBUS LATIHAN AKADEMIK SENI BELADIRI (PPPSPW)
AKADEMIK SENI BELADIRI, SILAT PENCHAK BELADIRI
PERGURUAN PUKULAN PENCHAK SILAT PUSAKA WARISAN MALAYSIA
PERGURUAN PUKULAN PENCHAK SILAT PUSAKA WARISAN MALAYSIA
"Semangat Harimau Putih"
Silibus Pembelajaran:- Kenaikan Bengkong dan Sijil Jurulatih & Gurulatih akan dikeluarkan oleh Akademi Seni Beladiri dengan persetujuan Guru Utama.
- Majlis Khatam buat mereka yang sudah tamat kesemua peringkat dengan cemerlanganya, akan di buat 1 majlis khatam perlimau. Di kawasan bersungai dengan mengikut Adat Istiadat Perguruan.
llmu persilatan Pukulan Penchak Pusaka Warisan ialah sejenis seni bela diri Melayu yang benar-benar asli.
Ilmu persilatan Pukulan Penchak Pusaka Warisan mempunyai kaedah-kaedah yang tetap dengan mempunyai buah-buah pukulan dan kunci-kunci tangkapan yang cukup lagi kemas. Pergerakan dan sistem silat ini adalah berasaskan gerak geri semulajadi manusia yang berdasarkan fikiran yang sihat, jiwa yang tenang dan nyata kesesuaiannya dengan prinsip akal manusia.
Pelajarannya mempunyai kaedah menunggu serangan dan menyerang. Pelajarnya diajar supaya terlatih dengan keberanian, adat & adab Melayu.
Ilmu persilatan Pukulan Penchak Pusaka Warisan menunggu serangan dan menyerang dahulu dengan berdiri lurus (berdiri sembahyang) dan tidak mengelak ke kiri atau ke kanan bahkan mara ke hadapan dalam gerak yang satu, makan gerak dalam gerak, sebab sebenarnya hakikat Ilmu persilatan Pukukan Penchak Pusaka Warisan ialah Silat Gerak.
Di dalam kaedah serangannya, di kala ia menyerang dan jika musuh mengelak, pasti kena dan sekiranya ditepis pula pasti dimakannya kerana konsep buah pukualnnya ialah “Buah Pukulan Makan Tak Sudah”. Penuntut-penuntut dapat menangkis pukulan dan serangan pukulan dan setelah itu mengunci pergerakkan musuh. Strategi Ilmu persilatan Pukukan Penchak Pusaka Warisan ialah menangkis serangan sambil melemahkan dahulu sistem badan lawan dan kemudian bertindak mengunci pergerakkan lawan.
Ciri-ciri Pembelajaran Pukulan Penchak Silat Pusaka Warisan yang sistematik:
Ilmu persilatan Pukulan Penchak Pusaka Warisan diajar secara berperingkat dan diajar sehingga tamat. Dalam kaedah biasa, peringkat awal sehingga tamat silat ini dapat disempurnakan di dalam tempoh beberapa bulan sahaja untuk tamat belajar dengan kelas sebanyak 2 kali seminggu seperti:
Peringkat Dasar: 2-3 Bulan (Mengikut kefahaman belajar)
Peringkat Pertengahan: 2-3 Bulan (Mengikut kefahaman belajar)
Peringkat Tinggi: 3-4 Bulan (Mengikut kefahaman belajar)
Tempoh ini boleh diselaraskan dengan keperluan sesuatu kelas seperti di sekolah-sekolah atau di pusat-pusat pengajian tinggi.
Sebagai silat yang berasaskan gerakan seni, maka ia tidak memerlukan dan tidak menekankan keperluan kekuatan mahupun tenaga luar biasa untuk mengalahkan musuh.
Kaedah pembelajarannya yang bersistematik, tidak menyusahkan diri dan membolehkan penuntut menjaga diri walaupun di tempat-tempat yang sempit.
Keahlian
Perguruan Pukulan Penchak Silat Pusaka Warisan menerima ahli lelaki dan perempuan yang berumur dari golongan:
a) Ahli Remaja berumur 9 tahun ke atas
b) Ahli Biasa berumur 18 tahun ke atas
Permohonan keahlian remaja hendaklah disertakan dengan kebenaran bertulis dari ibubapa/penjaga yang sah. Ahli remaja tidak boleh mengundi dan memegang jawatan di peringkat Pusat dan Negeri. Keahlian PPPSPW di buka kepada semua tanpa mengira bangsa dan agama.
Setiap Ahli yang berdaftar akan menerima Kad Keahlian berseta kod ahli yang sah.
PERINGKAT | BENGKONG | PELAJARAN |
DASAR | HIJAU | Asas Tangan Kosong 1. Asas Buah Pukulan Gerak Cekak Batu Bara 2. Cekak Batu Bara |
PERTENGAHAN | MERAH | Gerak Kuntau Sendeng 1. Pukulan Kuntau Sendeng
|
TINGGI | KUNING | Rentak Senjata Jenis Senjata :1. Belati 2. Tongkat Sehasta 3. Parang 4. Tekpi 5. Kerambit 6. Lembing 7. Keris Mandi Perlimau (Khatam) |
SEJARAH PPPSPW
Sejarah Perguruan Pukulan Penchak Silat Pusaka Warisan
Tuan Guru Utama Ahmad Hazuan di lahirkan di Kg Dato Kayaman, Perlis Indera Kayangan. Beliau sebelah ayah dan ibunya merupakan orang dalam ilmu persilatan ini iaitu moyang & nendanya sendiri. Mungkin kerana takdir Allah SWT @ memang kerana pertalian darah pendekar yang telah mengalir di dalam tubuh Pengasas Pukulan Pencak Silat Pusaka Warisan ini, telah membuatkan beliau tertarik hati untuk menerokai alam persilatan melayu dan dunia kerohanian sehinggalah beliau merasakan bersedia untuk menerajuai perguruan sendiri di dalam usia yang muda ini untuk memdidik anak bangsa melayu agar lebih mengenali dunia persilatan ini. "TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA, TAKKAN SILAT PUPUS DI TENGELAMI ZAMAN."
Maka telah terciptalah dalam sejarah persilatan melayu pada awal tahun 2006, iaitu sebuah perguruan silat yang dinamakan sebagai "PUKULAN PENCAK SILAT PUSAKA WARISAN" di bawah naungan PESAKA PERLIS, dan rasmilah Tuan Guru Utama Ahmad Hazuan Bin Hasmi di angkat sebagai Tuan Guru Utama (Guru Utama/ Pengasas PPSPW) oleh "Dewan Adat, Istiadat& Perguruan Pukulan Pencak Silat Pusaka Warisan" dengan restu perwaris dan juga GURU AGUNG SILAT WARISAN NEGERI PERLIS (USTAZ MAZLIN BIN HAMID) di Rumah Persatuan Silat Warisan Negeri Perlis.
Perguruan Pukulan Penchak Silat Pusaka Warisan ini adalah gabungan beberapa jenis ilmu silat melayu & minang yang telah dipelajari oleh Guru Utama Ahmad Hazuan Bin Hasmi. Antara silat yang digabungkan adalah Silat Warisan Perlis, Silat Cemara Bugis, Buah Pukul, Silat Gerak Tangkas, Silat Harimau Sendeng Minang, Gayong, Kalimah, Cekak, Silat Panglima Ali Bathin Haq, Silat Melayu Asli dan Kuntau.11 jenis aliran ini lah yang menjadi silibus yang utama dalam Pukulan Pencak Silat Pusaka Warisan ini. Gabungan ini telah menghasilkan suatu aliran silat yang canggih, mendidik,medisiplinkan murid, mendekati diri kepada tuhan serta bagi mendidik anak-anak muda mempertahankan dan membela "Warisan Bangsa" ini yang tiada nilai harganya.
PENGASAS ASB (PPPSPW)

Nama Guru Utama Ahmad Hazuan di lahirkan di Kg Dato Kayaman, Perlis Indera Kayangan. Pengasas Pukulan Pencak Silat Pusaka Warisan ini, telah mendalami ilmu Persilatan Melayu Sejak berusia 9 tahun lagi. Mula-mula belajar dengan Nendanya Pendekar Ahmad bin Abdullah di Perlis Silat Gayung Pattani.
Kemudian bila usia remaja, di zaman persekolahan dia mula belajar silat Gayong Malaysia dibawah didikan Cikgu Nordin Bin Abdul Rahman. Dari situlah dahaga ilmu silat melayu mula melonjak, beliau mula belajar ilmu persilatan lain seperti Sendeng, Cekak dan Tari Silat Melayu.
Pada zaman kolejnya, beliau mula belajar silat Cemara Bugis (Perak) dan diiktiraf sebagai jurulatih. Beliau meneruskan lagi pembelajaran silatnya bersama Tuan Guru Mazlan (PIKUM), setelah itu belajar pula Silat Kuntau Jawa & Ilmu kebatinan Panglima Ali Batin Haq sehingga tamat dengan Wak Rahman di Kg. Pandan. Beliau meneruskan lagi Belajar ilmu Silat Sendeng Harimau Minang dengan Pak Rejab di Gombak dan ditabalkan sebagai Pewaris persilatan itu.
Kemudian beliau ketemu dengan Abang jamil di Kg. Seronok Bayan Lepas Pulau Pinang belajar Silat Gerak Tangkas dan menjadi pemegang amanah persilatan itu.
Pada awal tahun 2006, iaitu sebuah perguruan silat yang dinamakan sebagai "PUKULAN PENCAK SILAT PUSAKA WARISAN" di bawah naungan PESAKA PERLIS, dan rasmilah Tuan Guru Utama Ahmad Hazuan Bin Hasmi di angkat sebagai Tuan Guru Utama (Guru Utama/ Pengasas PPSPW) oleh "Dewan Adat, Istiadat& Perguruan Pukulan Pencak Silat Pusaka Warisan" dengan restu perwaris dan juga GURU AGUNG SILAT WARISAN NEGERI PERLIS (USTAZ MAZLIN BIN HAMID) di Rumah Persatuan Silat Warisan Negeri Perlis.
Perguruan Pukulan Penchak Silat Pusaka Warisan ini adalah gabungan beberapa jenis ilmu silat melayu & minang yang telah dipelajari oleh Guru Utama Ahmad Hazuan Bin Hasmi. Antara silat yang digabungkan adalah Silat Warisan Perlis, Silat Cemara Bugis, Buah Pukul, Silat Gerak Tangkas, Silat Harimau Sendeng Minang, Gayong, Kalimah, Cekak, Silat Panglima Ali Bathin Haq, Silat Melayu Asli dan Kuntau.11 jenis aliran ini lah yang menjadi silibus yang utama dalam Pukulan Pencak Silat Pusaka Warisan ini. Gabungan ini telah menghasilkan suatu aliran silat yang canggih, mendidik,mendisiplinkan murid, mendekati diri kepada tuhan serta bagi mendidik anak-anak muda mempertahankan dan membela "Warisan Bangsa" ini yang tiada nilai harganya.

Subscribe to:
Posts (Atom)