Sunday, October 31, 2010

SILIBUS LATIHAN AKADEMIK SENI BELADIRI (PPPSPW)

AKADEMIK SENI BELADIRI, SILAT PENCHAK BELADIRI
PERGURUAN PUKULAN PENCHAK SILAT PUSAKA WARISAN MALAYSIA
"Semangat Harimau Putih"
Silibus Pembelajaran:

  • Kenaikan Bengkong dan Sijil Jurulatih & Gurulatih akan dikeluarkan oleh Akademi Seni Beladiri dengan persetujuan Guru Utama.
  • Majlis Khatam buat mereka yang sudah tamat kesemua  peringkat dengan cemerlanganya, akan di buat 1 majlis khatam perlimau. Di kawasan bersungai dengan mengikut Adat Istiadat Perguruan.
Sistem Pembelajaran:
llmu persilatan Pukulan Penchak Pusaka Warisan ialah sejenis seni bela diri Melayu yang benar-benar asli.
Ilmu persilatan Pukulan Penchak Pusaka Warisan mempunyai kaedah-kaedah yang tetap dengan mempunyai buah-buah pukulan dan kunci-kunci tangkapan yang cukup lagi kemas. Pergerakan dan sistem silat ini adalah berasaskan gerak geri semulajadi manusia yang berdasarkan fikiran yang sihat, jiwa yang tenang dan nyata kesesuaiannya dengan prinsip akal manusia.
Pelajarannya mempunyai kaedah menunggu serangan dan menyerang. Pelajarnya diajar supaya terlatih dengan keberanian, adat & adab Melayu.
Ilmu persilatan Pukulan Penchak Pusaka Warisan menunggu serangan dan menyerang dahulu dengan berdiri lurus (berdiri sembahyang) dan tidak mengelak ke kiri atau ke kanan bahkan mara ke hadapan dalam gerak yang satu, makan gerak dalam gerak, sebab sebenarnya hakikat Ilmu persilatan Pukukan Penchak Pusaka Warisan ialah Silat Gerak.
Di dalam kaedah serangannya, di kala ia menyerang dan jika musuh mengelak, pasti kena dan sekiranya ditepis pula pasti dimakannya kerana konsep buah pukualnnya ialah “Buah Pukulan Makan Tak Sudah”. Penuntut-penuntut dapat menangkis pukulan dan serangan pukulan dan setelah itu mengunci pergerakkan musuh. Strategi Ilmu persilatan Pukukan Penchak Pusaka Warisan ialah menangkis serangan sambil melemahkan dahulu sistem badan lawan dan kemudian bertindak mengunci pergerakkan lawan.
Ciri-ciri Pembelajaran Pukulan Penchak Silat Pusaka Warisan yang sistematik:
Ilmu persilatan Pukulan Penchak Pusaka Warisan diajar secara berperingkat dan diajar sehingga tamat. Dalam kaedah biasa, peringkat awal sehingga tamat silat ini dapat disempurnakan di dalam tempoh beberapa bulan sahaja untuk tamat belajar dengan kelas sebanyak 2 kali seminggu seperti:
Peringkat Dasar: 2-3 Bulan (Mengikut kefahaman belajar)
Peringkat Pertengahan: 2-3 Bulan (Mengikut kefahaman belajar)
Peringkat Tinggi: 3-4 Bulan (Mengikut kefahaman belajar)
Tempoh ini boleh diselaraskan dengan keperluan sesuatu kelas seperti di sekolah-sekolah atau di pusat-pusat pengajian tinggi. 
Sebagai silat yang berasaskan gerakan seni, maka ia tidak memerlukan dan tidak menekankan keperluan kekuatan mahupun tenaga luar biasa untuk mengalahkan musuh.
Kaedah pembelajarannya yang bersistematik, tidak menyusahkan diri dan membolehkan penuntut menjaga diri walaupun di tempat-tempat yang sempit.
Keahlian
Perguruan Pukulan Penchak Silat Pusaka Warisan menerima ahli lelaki dan perempuan yang berumur dari golongan:

a) Ahli Remaja berumur 9 tahun ke atas
b) Ahli Biasa berumur 18 tahun ke atas

Permohonan keahlian remaja hendaklah disertakan dengan kebenaran bertulis dari ibubapa/penjaga yang sah. Ahli remaja tidak boleh mengundi dan memegang jawatan di peringkat Pusat dan Negeri. Keahlian PPPSPW di buka kepada semua tanpa mengira bangsa dan agama.
Setiap Ahli yang berdaftar akan menerima Kad Keahlian berseta kod ahli yang sah.
 PERINGKAT
BENGKONG 
PELAJARAN 
DASAR 
 HIJAU
 Asas Tangan Kosong
1. Asas Buah Pukulan
Gerak Cekak Batu Bara
2. Cekak Batu Bara
 PERTENGAHAN
 MERAH

Gerak Kuntau Sendeng
1. Pukulan Kuntau Sendeng
  • Tapak  Kuntau Sendeng I 
  • Tapak Kuntau  Sendeng II
  • Tapak Kuntau Sendeng III 
  • Asas Permainan Tangan Kuntau Sendeng
  • Buah Pukulan & Jatuhan Kuntau Sendeng 
  • Serang Balas
 TINGGI
KUNING
Rentak Senjata
Jenis Senjata :
1.  Belati
2.  Tongkat Sehasta
3. Parang
4. Tekpi
5. Kerambit
6. Lembing
7. Keris
Mandi Perlimau (Khatam)
Notes

No comments:

Post a Comment