Sunday, October 31, 2010

PENGASAS ASB (PPPSPW)

Nama Guru Utama Ahmad Hazuan di lahirkan di Kg Dato Kayaman, Perlis Indera Kayangan. Pengasas Pukulan Pencak Silat Pusaka Warisan ini, telah mendalami ilmu Persilatan Melayu Sejak berusia 9 tahun lagi. Mula-mula belajar dengan Nendanya Pendekar Ahmad bin Abdullah di Perlis Silat Gayung Pattani.
Kemudian bila usia remaja, di zaman persekolahan dia mula belajar silat Gayong Malaysia dibawah didikan Cikgu Nordin Bin Abdul Rahman. Dari situlah dahaga ilmu silat melayu mula melonjak, beliau mula belajar ilmu persilatan lain seperti Sendeng, Cekak dan Tari Silat Melayu.
Pada zaman kolejnya, beliau mula belajar silat Cemara Bugis (Perak) dan diiktiraf sebagai jurulatih. Beliau meneruskan lagi pembelajaran silatnya bersama Tuan Guru Mazlan (PIKUM), setelah itu belajar pula Silat Kuntau Jawa & Ilmu kebatinan Panglima Ali Batin Haq sehingga tamat dengan Wak Rahman di Kg. Pandan. Beliau meneruskan lagi Belajar ilmu Silat Sendeng Harimau Minang dengan Pak Rejab di Gombak dan ditabalkan sebagai Pewaris persilatan itu.
Kemudian beliau ketemu dengan Abang jamil di Kg. Seronok Bayan Lepas Pulau Pinang belajar Silat Gerak Tangkas dan menjadi pemegang amanah persilatan itu.
Pada awal tahun 2006, iaitu sebuah perguruan silat yang dinamakan sebagai "PUKULAN PENCAK SILAT PUSAKA WARISAN" di bawah naungan PESAKA PERLIS, dan rasmilah Tuan Guru Utama Ahmad Hazuan Bin Hasmi di angkat sebagai Tuan Guru Utama (Guru Utama/ Pengasas PPSPW) oleh "Dewan Adat, Istiadat& Perguruan Pukulan Pencak Silat Pusaka Warisan" dengan restu perwaris dan juga GURU AGUNG SILAT WARISAN NEGERI PERLIS (USTAZ MAZLIN BIN HAMID) di Rumah Persatuan Silat Warisan Negeri Perlis.
Perguruan Pukulan Penchak Silat Pusaka Warisan ini adalah gabungan beberapa jenis ilmu silat melayu & minang yang telah dipelajari oleh Guru Utama Ahmad Hazuan Bin Hasmi. Antara silat yang digabungkan adalah Silat Warisan Perlis, Silat Cemara Bugis, Buah Pukul, Silat Gerak Tangkas, Silat Harimau Sendeng Minang, Gayong, Kalimah, Cekak, Silat Panglima Ali Bathin Haq, Silat Melayu Asli dan Kuntau.11 jenis aliran ini lah yang menjadi silibus yang utama dalam Pukulan Pencak Silat Pusaka Warisan ini. Gabungan ini telah menghasilkan suatu aliran silat yang canggih, mendidik,mendisiplinkan murid, mendekati diri kepada tuhan serta bagi mendidik anak-anak muda mempertahankan dan membela "Warisan Bangsa" ini yang tiada nilai harganya.

3 comments:

  1. sy berminat nak belajar silat... boleh beri maklum balas...anys_young@yahoo.com

    ReplyDelete
  2. Masih terbuka lagi ke pengambilan keahlian untuk 2019?

    ReplyDelete